Zii Jia tumbangkan juara dunia

Zii Jia tumbangkan juara dunia

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia mengejutkan juara dunia, Kunlavut Vitidsarn untuk mara ke suku akhir perseorangan lelaki Sukan Asia di Hangzhou, sebentar tadi.

Zii Jia, 25, yang menghuni ranking ke-16 dunia bangkit daripada ketinggalan untuk menang 10-21, 21-19, 21-6 ke atas pemain No. 4 dunia dari Thailand itu.

Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia menamatkan dua kekalahan berturut-turut kepada Kunlavut dan mencatat kemenangan keempat keseluruhan dalam tujuh pertemuan mereka.

Zii Jia akan meraih pingat Asia pertamanya jika menewaskan pilihan kelima dari India, H.S. Prannoy pada suku akhir esok.

Turut meneruskan cabaran ke suku akhir beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang mengalahkan pasangan India, Sai Pratheek K-Tanisha Crasto 21-18, 21-18.

Cabaran satu lagi beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai bagaimanapun terhenti apabila kalah 21-17, 21-23, 13-21 kepada Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya