Zii Jia naib juara Terbuka Denmark

Zii Jia naib juara Terbuka Denmark

Lee Zii Jia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia gagal untuk merangkul gelaran pada Jelajah Dunia buat kali kedua berturut-turut setelah tewas pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense, Denmark, sebentar tadi.

Pemain No. 11 dunia itu gagal menandingi corak permainan agresif yang dipamerkan wakil China, Weng Hong Yang yang menghuni ranking ke-22 dunia apabila kalah mudah 12-21, 6-21.

Muncul selaku naib juara, Zii Jia, 25, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$28,900 (RM137,780) beserta pingat perak.
Pada minggu lalu, Zii Jia akhirnya keluar daripada kemelut prestasi apabila menjuarai Terbuka Arctic di Finland setelah mengalahkan rakan senegara, Ng Tze Yong pada perlawanan akhir.

Sekalipun gagal untuk merangkul gelaran buat kali kedua berturut-turut, namun, kejayaan anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu mara sehingga ke perlawanan akhir wajar diberi pujian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya