Zii Jia , Aaron-Wooi Yik layak ke separuh akhir Terbuka Denmark

Zii Jia , Aaron-Wooi Yik layak ke separuh akhir Terbuka Denmark

LEE Zii Jia tewas kepada pemain Indonesia, Jonata Christie 21-12, 18-21, 18-21 pada perlawanan suku akhir Kumamoto Masters 2024, di Gimnasium Wilayah Kumamoto 2024 di Jepun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia mencerahkan peluang memburu gelaran keduanya secara berturut-turut, musim ini, selepas mara ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense, Denmark, awal pagi tadi.

Zii Jia yang kini menghuni ranking ke-11 dunia menundukkan pemain No. 14 dunia, Kenta Nishimoto 21-18, 21-18 dalam masa 51 minit.

Kemenangan tersebut turut menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu melebarkan rekod pertemuan ke atas Nishimoto kepada 6-2.

Minggu lalu, Zii Jia menjuarai Terbuka Arctic di Finland selepas menewaskan rakan senegara, Ng Tze Yong pada perlawanan akhir.

Kejayaan itu berjaya memulihkan keyakinan Zii Jia dan kembali menghidupkan peluang untuk menempatkan dirinya dalam kelompok 10 terbaik dunia.

AARON CHIA-SOH WOOI YIK

Pada separuh akhir, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu, bakal berdepan Lee Cheuk Yiu, selepas pemain Hong Kong tersebut menundukkan wakil tuan rumah, Rasmus Gemke 21-17, 21-12.

Zii Jia ketika ditemu bual BWF selepas perlawanan berkata, berpeluang beraksi pada separuh akhir di Odense cukup bermakna baginya.

“Di sini cukup istimewa. Saya pernah mencatat keputusan yang cemerlang pada pertandingan ini.

“Saya berharap dapat mengekalkan kecemerlangan itu,” kata Zii Jia mengenai dua penampilan terakhirnya pada separuh akhir Super 750 berlangsung di venue yang sama di Odense.

Sementara itu, dalam saingan beregu lelaki, gandingan No. 4 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diberi tentangan sengit oleh pasangan China yang berada di ranking ke-16 dunia, He Ji Ting-Ren Xiang Yu sebelum menang 24-22, 18-21, 21-12 dalam permainan yang berlangsung selama lebih sejam.

Aaron-Wooi Yik yang belum pernah merangkul sebarang gelaran dalam Jelajah Dunia, akan mencuba nasib mereka buat kesekian kalinya pada Terbuka Denmark.

Beregu utama negara itu akan menghitung pertemuan dengan pasangan No. 6 dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark pada separuh akhir.

Pada peringkat lapan terbaik, pasangan tuan rumah itu menewaskan beregu profesional Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-19, 11-21, 21-14 untuk mara ke separuh akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya