Whitney, Duncan menjuarai Kejohanan redOne PSA WSF Satellite

Whitney, Duncan menjuarai Kejohanan redOne PSA WSF Satellite

Pemain skuasy negara, Whitney Isabelle raih kejuaraan pertama dalam karier profesionalnya selepas mengungguli Kejohanan redOne PSA Satellite di Melaka hari ini. (FOTO: Ace Sports Management)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pemain skuasy muda negara, Whitney Isabelle Wilson dan Duncan Lee menggungguli Kejohanan Skuasy redOne PSA WSF Satellite 2023 di Melaka, hari ini.

Kejohanan yang berlangsung di The Malacca Club Rotunda itu menyaksikan pertembungan sesama sendiri antara Whitney dan seorang lagi wakil Malaysia, Jessica Keng dalam perlawanan akhir perseorangan wanita.

Whitney yang memenangi pingat perak acara berpasukan pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Melbourne, Julai lalu, menampilkan aksi bertenaga menang ke atas pilihan ke-3/4, Jessica 11-4, 11-8, 7-11, 12-10.

Kemenangan itu merupakan gelaran sulung Whitney yang baharu berusia 15 tahun selepas menjadi pemain profesional sejak Februari lalu.

“Saya berasa amat gembira kerana ini adalah gelaran juara PSA Satelit saya yang pertama.

“Perlawanan akhir yang cukup menarik sebentar tadi, saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk diri saya kerana saya turun ke gelanggang sebagai pemain bukan pilihan, saya hanya cuba berikan tumpuan kepada gaya permainan saya.

“Kemenangan ini amat bermakna untuk saya kerana sejak beberapa minggu lalu, prestasi saya tidak begitu memberangsangkan, jadi saya gembira kerana dapat semula momentum saya untuk menang semula,” kata Whitney.

Jelas anak kelahiran Sabah itu lagi, selepas ini dia akan turun bertanding dalam kejohanan ACE Malaysia Cup Satellite yang diadakan di Seremban pada 8 November depan.

Sementara itu, dalam aksi final lelaki, pilihan kedua, Duncan berjaya memastikan Malaysia menutup tirai kejohanan itu dengan gelaran berganda setelah menumpaskan wakil Korea Selatan, Na Jooyoung.

Terdahulu, Jooyoung mencipta kejutan pada separuh akhir apabila menyingkirkan pilihan pertama, Wee Ming Hock 12-10, 7-11, 11-8, 11-4.

Duncan, 21, pula menempah slot ke final setelah menumpaskan Amir Amirul Azhar 11-5, 11-2, 11-7.

Pada perlawanan akhir menentang Jooyoung, Duncan mempamerkan aksi bertenaga untuk menewaskan pemain Korea Selatan itu 12-10, 11-2, 12-10. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya