Wendy-Dhabitah raik perak 3m papan anjal

Wendy-Dhabitah raih perak 3m papan anjal

WENDY Ng Yan Yee- Nur Dhabitah Sabri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan terjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri berjaya menambah pingat perak buat Malaysia di Sukan Asia Hangzhou menerusi acara acara 3 meter papan anjal, sebentar tadi.

Pasangan negara itu meraih perak selepas berjaya mengumpul 270.27 mata manakala emas menjadi milik duo China Chen Yiwen-Chang Yani (335.73) manakala gangsa diraih Korea Selatan, Park Hareum-Kim Suji (253.56).

Kejayaan itu juga menyaksikan Wendy-Dhabitah berjaya mempertahankan pingat perak yang pernah mereka menangi pada edisi 2018 di Jakarta/Palembang.

Untuk rekod, perak yang diraih Wendy-Dhabitah itu adalah pingat ketiga kem terjun negara pada Sukan Asia tahun ini.

Semalam, Dhabitah-Datuk Pandelela Rinong memenangi gangsa dalam acara 10m platform seirama wanita manakala Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang turut meraih gangsa bagi acara 3m papan anjal seirama lelaki.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya