Van Dijk hidupkan harapan Belanda untuk layak ke Euro 2024

Van Dijk hidupkan harapan Belanda untuk layak ke Euro 2024

KAPTEN Belanda, Virgil van Dijk meraikan jaringannya ketika menentang Greece dalam kelayakan Euro 2024 di Athens.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Belanda menghidupkan kembali harapan untuk melayakkan diri ke Euro 2024 selepas sepakan penalti Virgil van Dijk pada waktu kecederaan membantu mereka menewaskan Greece 1-0 di Athens, awal pagi tadi.

Belanda kini berada di tangga kedua Kumpulan B di belakang Perancis yang sudah pun mengesahkan tiket ke Jerman selepas menewaskan mereka 2-1, Jumaat lalu.

Walaupun berkongsi mata dengan Greece, Belanda mempunyai kelebihan rekod pertemuan selepas mengalahkan juara Eropah 2004 itu di tempat sendiri dan di tempat lawan.

Nasib Belanda kini di tangan mereka sendiri apabila menerima kunjungan Ireland pada 18 November, diikuti bertandang ke pasukan tercorot, Gibraltar tiga hari kemudian.

Wout Weghorst gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama selepas tendangannya diselamatkan penjaga gol lawan.

Pertahanan Liverpool, Van Dijk bagaimanapun tidak melakukan kesilapan ketika skuad Oranje diberi kesempatan kedua, tiga minit memasuki waktu kecederaan.

Pada penghujung perlawanan yang tegang, Denzel Dumfries tersandung dalam kawasan penalti Greece dan Van Dijk menyempurnakan sepakan penalti.

Ketika rasa marah menguasai pasukan Greece, jurulatih mereka, Gus Poyet dibuang padang kerana memaki hamun pengadil. AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Β 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya