Uruguay gementar jumpa All Blacks

Uruguay gementar jumpa All Blacks

REPUTASI besar New Zealand sebagai juara dunia tiga kali menggerunkan Uruguay.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON: Uruguay teruja tetapi dalam masa sama gementar berdepan juara tiga kali, All Blacks dalam aksi terakhir Kumpulan A, Ragbi Piala Dunia, ­Jumaat ini.

Pertembungan itu adalah yang pertama buat kedua-dua pasukan dalam kejohanan utama tetapi mereka pernah bertemu ketika jelajah All Blacks di Argentina pada 1976 yang me­nyaksikan New Zealand berpesta 64-3.

Penolong jurulatih Uruguay, Pablo Bouza pernah bermain menentang All Blacks tiga kali ketika bersama Argentina antara 1997-2004 dan dia menjadi jurulatih untuk 10 perlawanan antara 2013-2018.

“Mereka pasukan paling sukar dihadapi dalam dunia ragbi, mereka mempunyai semua ­kelebihan.

“Kami pernah minta untuk menentang pasukan peringkat atasan dan kini kami mendapat peluang tersebut,” kata Bouza.

Biarpun Uruguay sentiasa bersedia memenangi perlawanan, Bouza mengakui, realiti­nya kelebihan memihak kepada New Zealand.

Pemain sayap, Nicolas Freitas berkata, pasukannya berlatih dengan intensiti tinggi dan akan memberi segala-galanya kerana ia perlawanan terakhir mereka.

“Kami akan menikmatinya. Kami akan cuba menyerang dengan sedikit peluang me­nguasai bola,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya