Dua wakil Malaysia lakar kejutan ke separuh akhir Terbuka Artik

Tze Yong, Tang Jie- Ee Wei cipta kejutan untuk ke separuh akhir Terbuka Artik 2023

NG Tze Yong- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VANTAA: Dua wakil negara beraksi cemerlang di peringkat suku akhir Terbuka Artik yang berlangsung di Vantaa Energie Arena, Finland sebentar tadi, sekaligus menempah tempat ke pusingan separuh akhir esok.

Wakil pertama negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir merupakan pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Mereka berjaya meneruskan momentum kemenangan dengan menjadikan pilihan kedua kejohanan, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand sebagai mangsa terbaru.

Tang Jie-Ee Wei mengenepikan jaguh Thailand itu dengan keputusan 21-14, 21-17 dalam tempoh 42 minit.

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei .

Halangan mereka di separuh akhir esok merupakan pilihan keempat dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Turut sama mengikuti jejak langkah mereka merupakan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong.

Perseorangan negara itu menampilkan aksi memberangsangkan untuk menyingkirkan wakil China, Lu Guang Zu yang juga pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 21-11, 21-18 dalam tempoh 52 minit.

Tze Yong kini terpaksa menanti perlawanan di antara Lei Lan Xi (China) dan Kanta Tsuneyama (Jepun) bagi mengetahui lawannya di separuh akhir esok.

Empat lagi wakil negara akan turun berentap sebentar nanti membabitkan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang akan menentang Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard (Denmark), manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan berhadapan Pramudya Kusumawardana-Yeremi Rambitan (Indonesia).

Perlawanan tumpuan pastinya pertarungan sesama Malaysia dalam satu lagi aksi perseorangan lelaki membabitkan Lee Zii Jia menentang Leong Jun Hao.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya