Tze Yong singkirkan bekas juara dunia

Tze Yong singkirkan bekas juara dunia

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ng Tze Yong bangkit daripada kekecewaan dalam acara berpasukan apabila menyingkirkan bekas juara dunia, Loh Kean Yew untuk melangkah ke pusingan ketiga Sukan Asia 2022 di Hangzhou hari ini.

Menjangkakan bakal berdepan tugas getir berdepan jaguh Singapura tersebut, Tze Yong, pemain No. 19 dunia sebaliknya menang mudah 21-12, 21-14.

Dia mengiringi perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia yang terlebih dulu mengesahkan tiket ke pusingan ketiga dengan menumpaskan pemain Timor Leste, Mourinho de Jesus 21-0, 21-7.

Kejayaan itu melebarkan rekod kemenangan Tze Yong ke atas Kean Yew kepada 4-1, sekali gus bakal menemukannya dengan pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen bagi memburu tiket ke suku akhir.

Zii Jia juga berdepan cabaran getir seorang lagi pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan dunia tahun ini.

Dalam perseorangan wanita, juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei meneruskan kemaraan dengan menumpaskan pencabar dari Vietnam, Thi Anh Thu 21-10, 21-13. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya