RENNES: Harapan untuk melihat perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Perancis lebur setelah tewas kepada pemain China, Li Shi Feng.
Lebih mengejutkan Zii Jia sepatutnya menewaskan Shi Feng kerana sudah mendahului, bagaimanapun pilihan kelapan kejohanan itu mengheret perlawanan ke set ketiga sebelum mencatatkan kemenangan 21-17, 11-21, 12-21.
Bagaimanapun rakan senegara, Ng Tze Yong berjaya menebus kekecewaan itu apabila menewaskan wakil tuan rumah, Arnaud Merkle dengan keputusan 21-19, 21-8 dalam tempoh 47 minit.
Terdahulu, beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien tewas kepada pilihan ketujuh kejohanan, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dengan keputusan 21-8, 21-18.