RENNES: Tuah ternyata mengiringi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong di Terbuka Perancis apabila dia diberikan kemenangan percuma untuk mara ke separuh akhir.
Tze Yong sepatutnya turun hari ini untuk aksi suku akhir menentang juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang juga pilihan keempat kejohanan.
Bagaimanapun jaguh Thailand itu menarik diri sekaligus Tze Yong menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan cabaran di Terbuka Perancis esok.
Tze Yong akan menggunakan kelebihan berehat daripada beraksi hari ini untuk menanti lawannya esok di separuh akhir, di antara Li Shi Feng dari China yang akan menentang Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.
Kali terakhir wakil perseorangan lelaki negara berjaya ke final Terbuka Perancis adalah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2015 yang turut bergelar juara pada edisi tersebut.