TSG kini pasukan benua No. 1 dunia - Utusan Malaysia

TSG kini pasukan benua No. 1 dunia

Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) kini pasukan berstatus benua No. 1 Dunia – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terengganu Polygon Cycling (TSG) terus mengukuhkan reputasi mereka apabila bukan sahaja bergelar sebagai pasukan berbasikal lebuhraya terbaik di Asia, namun turut dinobatkan sebagai pasukan benua No. 1 dunia.

Berdasarkan ranking dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), TSG mengumpul 1743 mata untuk berada di tangga ke 30 keseluruhan.

Kedudukan itu sudah cukup untuk meletakkan pasukan dari Pantai Timur itu sebagai pasukan berstatus benua terbaik di dunia, memandangkan 29 lagi kedudukan di atas TSG dikuasai oleh pasukan bertaraf Jelajah Dunia (World Tour) dan Profesional Dunia (Pro Tour).

Di peringkat Jelajah Asia pula, TSG kekal ampuh untuk menjadi No. 1 buat kali kelima apabila mengatasi pasukan Thailand, Roojai Online Insurance (ROI) yang meraih 1250 mata, diikuti JCL Team Ukyo dari Jepun dengan 1170 mata.

 Lebih manis, pelumba importnya dari Mongolia, Jambaljamts Sainbayar kini berada di tangga kedua keseluruhan bagi ranking individu apabila mengumpul 665 mata, dibelakang pelumba Astana Qazastan, Lutsenko Alexey yang meraih 1285.29 mata.

Bagi Ketua Pegawai Operasi (COO) TSG, Nasiruddin Wan Idrus, kejayaan ini adalah antara sasaran ditetapkan pihak pengurusan untuk musim ini selain perancangan yang lebih rapi untuk melaksanakannya.

“Semasa kita mulakan musim baru 2023, pihak pengurus TSG telah memberikan komitmen kepada Ahli Lembaga pasukan serta Kerajaan Negeri Terengganu untuk cuba mencapai sasaran menjadi pasukan benua terbaik dunia dan syukur kita berjaya merealisasikannya.

“Kita telah membuat kerja rumah, sepanjang 15 tahun kami dalam kancah profesional UCI, kami sudah berjaya menjadi pasukan No. 1 Asia sebanyak lima kali, jadi memang kami tumpu pencapaian yang lebih tinggi kali ini.

“Kami telah mengubah struktur kewangan syarikat untuk mengatur latihan pusat buat kesemua pelumba di luar negara, selain peruntukkan yang agak besar, sekitar RM 2 juta untuk menghantar pelumba kita menyertai 35 kejohanan antarabangsa untuk tahun ini bagi mengumpul mata ranking,” jelas Nasiruddin kepada Utusan Malaysia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya