Syafiq-Aifa buka aksi beregu campuran dengan kemenangan

Syafiq-Aifa buka aksi beregu campuran dengan kemenangan

BEREGU campuran Malaysia, Syafiq-Aifa bertemu pasangan tuan rumah, Zhou Zhitao-Li Dongjin dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Sukan Asia di Hangzhou, China, hari ini. - Ihsan SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas menghadiahkan pingat emas dan gangsa dalam acara berpasukan skuasy wanita serta lelaki, beregu campuran, Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azman terus menceriakan Kontinjen Malaysia apabila mencatat kemenangan dalam dua aksi pembukaan Kumpulan B pada Sukan Asia di Hangzhou, China, hari ini.

Syafiq-Aifa yang diletakkan sebagai beregu pilihan, menundukkan pasangan tuan rumah, Zhou Zhitao-Li Dongjin 11-7, 11-5 dalam masa 16 minit di Pusat Sukan Olimpik.

Dalam aksi sebelah petang, Syafiq-Aifa mengekalkan prestasi konsisten untuk melakar kemenangan ke atas wakil Sri Lanka, Mohomed Shamil Mukthar Wakeel-Chanithma Sinaly Veera Samiyel 11-4, 11-7 dalam masa 19 minit.

Nasib berbeza menimpa satu lagi pasangan Malaysia, Ivan Yuen-Rachel Arnold yang dikejutkan pasangan Korea Selatan, Lee Dong Jun-Yang Yeon Soo menerusi kekalahan 11-4, 8-11, 10-11 dalam perlawanan Kumpulan C.

Bagaimanapun, beregu kedua Malaysia itu bangkit daripada kekalahan tersebut apabila mengalahkan Nopchanok Buranakul-Supakorn Ngamprasert dari Thailand 11-4, 11-3 dalam perlawanan kedua.

Kekalahan Ivan-Rachel mungkin disebabkan faktor keletihan kerana terpaksa mengharungi jadual padat, terutama Rachel yang dipaksa bermain lima set pada final berpasukan menentang Hong Kong, semalam.

Pengurus pasukan, Nafzahizam Adnan ketika dihubungi Utusan Malaysia, bagaimanapun, menolak dakwaan tersebut kerana beliau percaya para pemain sudah terbiasa dengan jadual padat yang terpaksa mereka harungi.

“Cuma saya berasakan pertukaran permainan daripada perseorangan kepada beregu memerlukan penyesuaian segera kerana gelanggang yang lebih lebar dan cara permainan juga berbeza.

“Tetapi saya tidak bimbang dengan Ivan dan Rachel kerana mereka mampu bangkit mencatat kemenangan dalam perlawanan kedua,” katanya.

Sementara itu, dalam aksi perseorangan, hanya Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar yang perlu bermain pada pusingan pertama, manakala, Ng Eain Yow, S. Sivasangari serta Aira Azman mendapat bye, hari ini, dan akan turun ke gelanggang, esok.

Addeen yang perlu berdepan Arhant Keshar Simhar hanya memerlukan masa selama 19 minit untuk mengetepikan pemain Nepal itu 11-5, 11-3, 11-3. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya