Sukan Para Asia: Liek Hou ketuai buruan emas badminton

Sukan Para Asia: Liek Hou ketuai buruan emas badminton

AKSI Noor Azwan Noorlan ketika beraksi dalam peringkat kumpulan kategori WH2. - IHSAN MAJLIS SUKAN NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cheah Liek Hou bakal mengetuai pemburuan pingat emas skuad badminton para negara selepas berjaya menumpaskan peserta tuan rumah, Shi Shengzhou dalam acara lelaki perseorangan SU5 (kecacatan tangan) Kumpulan A dalam Sukan Para Asia di Hangzhou, China hari ini.

Liek Hou menang mudah 21-10, 21-7, sekali gus meningkatkan semangatnya dalam perlawanan kedua bertemu Filipina, Dela Cruz Antonio Junior bagi penentuan juara kumpulan.

Bagi acara lelaki perseorangan WH1 (lemah pinggang ke bawah),  Ikhwan Ramli pula berjaya mencetak kemenangan menerusi aksi sulungnya dalam Kumpulan B ketika menumbangkan lawan dari Korea Selatan, Lee Samseop, 21-15, 21-16.

Menarik mengenai pertemuan kedua-dua pemain itu, Ikhwan, mencipta rekod kemenangan untuk kali ketiga dan hanya tewas sekali dalam empat pertembungan menentang pemain berpengalaman Korea berkenaan.

Atlet berusia 31 tahun itu dijadual bertemu peserta tuan rumah, Qi Zi Mo dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, hari ini.

Pengurus pasukan, Woon Sze Mei berkata, secara keseluruhan kualiti permainan masih boleh ditingkatkan dan para pemain perlu menambah keyakinan agar tiada ruang kesilapan mampu dihidu pihak lawan untuk merebut mata.

“Untuk Ikhwan, saya boleh katakan perlawanan bertemu Samseop sangat baik kerana menentang pemain yang sangat bagus, memerlukan ketangkasan di gelanggang.

“Ikhwan dan Samseop pernah bertemu empat kali di pentas antarabangsa, dan ini juga kali kedua Ikhwan beraksi di Sukan Para Asia.

“Untuk Cheah pula, dia pernah bertemu dengan Shengzhou sebelum ini dan bagi saya prestasi pemain China itu jauh lebih baik daripadanya. Namun yang bagusnya mengenai Cheah, dia cepat menganalisis kelemahan pihak lawan, jadi dia mampu kawal permainan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain Liek Hou dan Ikhwan, Malaysia turut diwakili Noor Azwan Noorlan yang akan bertemu peserta Jepun, Makoto Takumi dalam kategori WH2, serta Mohd. Amin Burhanuddin yang akan bertemu dalam kategori SL4 (lawan belum ditentukan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya