Sukan Para Asia: Giliran atlet istimewa cemerlang di Hangzhou

Sukan Para Asia: Giliran atlet istimewa cemerlang di Hangzhou

Abdul Latif Romly mewakili Malaysia menyertai Larian Obor Sukan Para Asia Ke-4 di Hangzhou, China semalam. – IHSAN MAJLIS SUKAN NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Genap dua ­minggu selepas Sukan Asia menutup tirai yang menyaksikan Malaysia pulang bersama enam emas, lapan perak dan 18 gangsa, hari ini 113 atlet istimewa pula akan memulakan perjuangan secara rasmi dalam Sukan Para Asia di Hangzhou.

Turun dengan sasaran 35 ­pingat keseluruhan tanpa mengira warna, sandaran negara digalas 14 sukan – memanah, olahraga, badminton, berbasikal, powerlifting, menembak, renang, pingpong, bola keranjang kerusi roda, lawan pedang kerusi roda, tenis kerusi roda, boccia, bola sepak orang buta dan boling padang.

Tiga daripada sukan itu (bola keranjang kerusi roda, boling padang dan badminton) telah pun bermula dua hari lalu.

“Kita hilang 18 ­pingat ekoran beberapa acara tidak dipertandingkan, selain faktor persaraan pemenang pingat sebelumnya.

“Ini juga kali kedua China menjadi tuan rumah Para Asia, sudah tentu kontinjen mereka menyasarkan lebih banyak ­pingat,” kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Megat D Shahriman Zaharudin ketika mengumumkan sasarann baru-baru ini.

ZIYAD ZULKIFLI 

Sasaran itu dilihat agak rendah berbanding 68 pingat yang diraih di Jakarta-Palembang 2018 – tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa.

Olahraga yang menyumbang empat emas dalam temasya lima tahun lalu dijangka menjadi ­peyumbang emas pertama kontinjen negara di Hangzhou.

Dua jagoan dunia, Datuk Abdul Latif Romly cuba memburu kejuaraan hatrik lompat jauh T20 (masalah pembelajaran), manakala Ziyad Zolkefli mencari emas lontar peluru T20.

Kedua-dua atlet senior itu akan turun ke gelanggang pada Selasa ini dan antara prospek emas ­Malaysia.

Bagi Abdul Halim Mohammad, namanya mungkin tidak sehebat Latif atau Ziyad, namun kejayaan meraih enam emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 menjadikannya salah seorang perenang terhandal dalam temasya ini.

Atlet berusia 25 tahun itu akan bersaing dalam tiga acara iaitu, 100 meter (m) gaya bebas, 100m kuak dada dan 50m gaya bebas combined S8/S9 (kecacatan fizikal).

Bagi badang negara, Bonnie Bunyau Gustin, meskipun turun dengan kecederaan bahu, dia akan berusaha menukar warna pingat perak yang diraih dalam temasya lalu menjadi emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya