Sukan Asia: Prannoy sekat langkah Zii Jia

Sukan Asia: Prannoy sekat langkah Lee Zii Jia

lee zii jia
LANGKAH Lee Zii Jia dalam Sukan Asia di Hangzhou berakhir di tangan H.S Prannoy pada suku akhir semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sehari selepas mengejutkan juara dunia, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand, hasrat Lee Zii Jia untuk melangkah ke separuh akhir Sukan Asia 2022 berkecai selepas tewas kepada pemain India, Prannoy H.S hari ini.

Zii Jia memberi tentangan sengit kepada pemain No. 7 dunia itu sebelum tersingkir 16-21, 23-21, 20-22.

Turut ditunjukkan jalan keluar beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang tewas 14-21, 21-23 kepada pilihan pertama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Tiga lagi pemain negara, diketuai bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ng Tze Yong dan Pearly Tan-M. Thinaah masih bertarung dalam saingan suku akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya