Sukan Asia: Misi skuasy tambah pingat masih menyala

Sukan Asia: Misi skuasy tambah pingat masih menyala

S. SIVASANGARI akan bertemu pilihan pertama, Satomi Watanabe pada separuh akhir perseorangan wanita pada Sukan Asia di Hangzhou, China, esok. - Ihsan WSF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ng Eain Yow dan S. Sivasangari terus menyalakan harapan Malaysia menambah kutipan pingat emas selepas kedua-dua bintang muda skuasy negara itu menempah slot separuh akhir dalam acara perseorangan lelaki serta wanita pada Sukan Asia di Hangzhou, China, hari ini.

Eain Yow yang diletakkan sebagai pilihan pertama mencatat kemenangan straight set ke atas pemain veteran Kuwait, Abdullah Almezayen dari Kuwait 14-12, 11-6, 11-1 dalam masa 30 minit pada suku akhir.

Bagaimanapun, harapan peminat di tanah air untuk menyaksikan pertembungan dua wakil Malaysia di peringkat empat terbaik tidak kesampaian apabila Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar tunduk kepada Abdulla Al-Tamimi dari Qatar 2-11, 7-11, 2-11 dalam masa 15 minit.

Dalam aksi perseorangan wanita pula, pilihan ke-3/4, S. Sivasangari yang turut mara ke peringkat empat terbaik menewaskan pemain Korea Selatan, Heo Min Gyeong 11-4, 11-2, 11-8 dalam masa 22 minit.

Pencabar yang menanti Sivasangari di separuh akhir ialah pilihan pertama, Satomi Watanabe yang mengalahkan Tanvi Khanna dari India 11-5, -11-6, 14-12.

NG Eain Yow meneruskan misi memburu emas perseorangan lelaki.

Seorang lagi wakil Malaysia dalam perseorangan wanita, pemain remaja negara, Aira Azman tewas kepada juara Kejohanan Asia dari Hong Kong, Chan Sin Yuk 11-7, 11-4, 11-4.

Kekalahan itu juga menyaksikan, hasrat Sivasangari untuk bertemu naib juara remaja dunia tersebut pada final, mengulangi pertemuan yang diciptanya menentang ratu skuasy negara, Datuk Nicol David pada temasya lima tahun lalu di Indonesia tidak kesampaian.

Sementara itu, dalam aksi beregu campuran, pasangan No. 1 negara, Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azman turut melangkah ke separuh akhir selepas menyingkirkan gandingan Korea Selatan, Yoo Jae Jin-Eun Hwa Yeong 11-5, 11-6 pada peringkat lapan terbaik.

Untuk ke final, Syafiq-Aifa terlebih dahulu perlu berdepan laluan getir menentang beregu India, Abhay Singh-Anahat Singh di separuh akhir.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa pasangan No. 2 Malaysia, Ivan Yuen-Rachel Arnold yang gagal mara ke suku akhir selepas ditimpa kekalahan kedua kepada Wong Chi Him-Lee Ka Yi dari Hong Kong 9-11, 10-11 dalam aksi terakhir Kumpulan C yang berlangsung pada sebelah pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya