Sukan Asia: Arif hadiahkan emas keenam Malaysia di Hangzhou

Sukan Asia: Arif hadiahkan emas keenam Malaysia di Hangzhou

Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik (dua, kiri) meraikan kejayaan memenangi pingat emas bersama pemenang pingat perak, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan (kiri) dua pemenang gangsa dalam saingan kumite bawah 84kg lelaki di Hangzghou. - BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Karate menghadiahkan pingat emas keenam buat Malaysia dalam Sukan Asia 2022 selepas Muhamad Arif Affifudin Ab. Malik mengungguli acara kumite 84 kilogram (kg) di Hangzhou, sebentar tadi.

Membuat penampilan sulung dalam temasya terbesar Asia itu, Arif menampilkan aksi agresif ketika menumpaskan lawan dari Kazakhstan, Daniyar Yuldashev dengan 10 mata berbalas 4 di Gimnasium Pusat Sukan Linping.

Arif yang juga pemenang pingat perak Sukan SEA 2019 langsung tidak menunjukkan rasa gentar biarpun sedar lawannnya adalah pemenang pingat gangsa dalam Sukan Asia 2018.

Pada aksi separuh akhir, atlet berusia 23 tahun itu menyingkirkan Baek Junhyeok dari Korea Selatan 5-2 selepas menang dalam pertarungan sengit 4-3 ke atas atlet Indonesia, Sandi Firmansyah di suku akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya