Suami isteri dari Australia ungguli Ironman 70.3 Langkawi

Suami isteri dari Australia ungguli Ironman 70.3 Langkawi

OSH Amberger (tiga kiri) berkongsi podium bersama isterinya, Ashleigh Gentle (tiga kanan) yang memenangai Ironman 70.3 Asia Pasifik bagi kategori atlet profesional lelaki dan wanita di Langkawi. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pasangan suami isteri dari Australia mengungguli kejohanan Ironman 70.3 Asia Pasifik bagi kategori atlet profesional lelaki dan wanita yang berlangsung di pulau pelancongan itu, hari ini.

Josh Amberger berjaya menamatkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 1.9 kilometer (km), berbasikal (90km) dan larian (21.1km) dengan catatan masa tiga jam 50 minit dan 47 saat.

Isterinya, Ashleigh Gentle yang pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini pula mengambil masa empat jam 10 minit dan 17 saat bagi menghabiskan kesemua disiplin.

Kedua-dua mereka antara 19 atlet profesional lelaki dan sembilan atlet profesional wanita yang menyertai kejohanan berprestij itu dengan pelepasan peserta dimulakan di Pantai Kok pada pukul 7.05 pagi.

Amberger menyifatkan laluan perlumbaan yang dihadapi mereka amat mencabar, namun gembira apabila menamatkan saingan di tempat pertama sama seperti isterinya.

“Ini merupakan gelaran Asia Pasifik kedua saya selepas memenangi gelaran sama pada tahun 2017.

“Saya sangat gembira kerana dapat menamatkan perlumbaan yang mempunyai laluan yang sangat mencabar,” katanya ketika ditemui selepas menamatkan saingan di Jalan Pantai Chenang, hari ini.

Sementara itu, Gentle berkata, dia disengat obor-obor pada renangan sejauh 1.9km itu, namun tidak menghiraukan keadaan itu kerana mahu meneruskan disiplin seterusnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya