Speedy Tigers terkulai lagi, dibelasah Pakistan 5-2

Speedy Tigers terkulai lagi, dibelasah Pakistan 5-2

Skuad hoki negara tewas 2-5 kepada Pakistan dalam aksi penentuan kelima/keenam Sukan Asia Hangzhou 2022 sebentar tadi. (FOTO: HOKITA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGZHOU: Impian skuad hoki negara untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 di kedudukan kelima tidak kesampaian setelah tewas kepada Pakistan dengan keputusan 2-5.

Aksi yang berlangsung Stadium Sukan Gongshu, Hangzhou sebentar tadi menyaksikan Malaysia bermula baik apabila mendahului seawal minit kelima menerusi pukulan sudut penalti oleh Muhammad Aminuddin Mohd Zain.

Bagaimanapun Pakistan hanya memerlukan tiga minit sahaja untuk kembali menyamakan kedudukan menerusi Ahmad Arbaz yang turut menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Giliran Pakistan mendahului di suku kedua permainan apabila Abdul Rehman tangkas menyambar peluang untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Hafizuddin Othman pada minit ke 37.

Lawan semakin bernafsu dengan Abdul Rana dan Ammad Muhammad berjaya menjarakkan kedudukan menjadi 4-1 dalam tempoh dua minit di suku keempat permainan.

Malaysia cuba merapatkan jurang apabila Razie Abdul Rahim meledak gol kedua Speedy Tigers menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke 58.

Bagaimanapun taktikal ‘power play’ yang digunakan pada hujung perlawanan telah memakan diri anak buah Arul Selvaraj apabila Afraz berjaya meloloskan dirinya untuk menjaringkan gol kelima Pakistan dalam perlawanan ini pada minit ke 59.

Keputusan ini menyaksikan skuad negara menghabiskan saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 di kedudukan keenam keseluruhan, jauh meleset daripada sasaran asal iaitu untuk meraih pingat emas dari temasya sukan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya