Skuasy cerah masuk Road to Gold?

Skuasy cerah masuk Road to Gold?

HANNAH Yeoh ketika melepaskan kontinjen Malaysia yang akan bertanding dalam Sukan Para Asia di Hangzhou. - MAJLIS SUKAN NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun status atlet Road to Gold (RTG) hanya akan diputuskan apabila panel penilaian bersidang hujung bulan ini, namun skuasy dijangka menjadi sukan terbaharu diserap dalam program memburu pingat emas Sukan Olimpik itu.

Kecemerlangan skuasy meraih tiga emas, satu perak dan satu gangsa dalam Sukan Asia di Hangzhou memperkuatkan kedudukan mereka untuk dimasukkan dalam RTG, apatah lagi selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kelmarin mengesahkan sukan tersebut akan dipertandingkan pada Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui, skuasy mempunyai potensi besar untuk memburu pingat Olimpik, termasuk emas di LA nanti.

“Saya rasa ini (penyenaraian skuasy dalam Olimpik) berita yang dinantikan sejak sekian lama oleh rakyat Malaysia. Dulu semasa Datuk Nicol David menjadi juara dunia, ramai yang lahirkan rasa kecewa kenapa skuasy tiada dalam Sukan Olimpik kerana kalau ada mungkin Malaysia sudah menang emas pertama.

“Di peringkat KBS (Kementerian Belia dan Sukan) menerusi RTG, kita akan pastikan untuk memberi sokongan padu kepada atlet yang akan mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Paris dan Los Angeles kerana RTG adalah untuk dua kitaran Olimpik.

SKUASY yang muncul pasukan paling cemerlang pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou dengan meraih tiga pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

“Saya sudah nyatakan sebelum ini, kita akan melakukan post mortem mengenai prestasi Sukan Asia hujung bulan ini…atlet yang berjaya menang emas bermaksud mereka sudah solid di Asia dan akan diberi sokongan untuk memastikan mereka bersedia ke Sukan Olimpik.

“Saya percaya skuasy yang mempunyai prestasi konsisten di Malaysia melahirkan juara dunia akan membantu Malaysia mendapatkan emas Olimpik,” katanya.

Selain skuasy, empat lagi sukan baharu yang disenaraikan di Los Angeles 2028 adalah kriket, flag football (lebih dikenali sebagai American Football), lacrosse dan besbol/sofbol.

Kelmarin, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) berharap sukan itu dapat dimasukkan ke dalam program RTG untuk membolehkan mereka melakukan persiapan terbaik menjelang Los Angeles 2028.

“Sebelum ini kami sudah merangka pelan jangka panjang untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia, dan kami akan melakukan perkara sama untuk Olimpik dalam menyediakan barisan pemain agar mereka dapat meraih podium,” kata Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya