Shahidan gembira KOM dapat tajaan RM 5 juta

Shahidan gembira KOM dapat tajaan RM 5 juta

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Haji Zainuddin menyaksikan perjanjian kerjasama dimeterai antara kedua-dua pihak dalam satu majlis di ibukota hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebangkitan skuad olahraga negara meraih tiga pingat gangsa ketika di Sukan Asia Hangzhou bulan lalu telah berjaya menarik syarikat swasta, Cahya Mata Sarawak Berhad untuk menjalin kerjasama dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Menerusi perjanjian ini, Cahya Mata Sarawak  akan memberikan tajaan sebanyak RM lima juta kepada KOM untuk tempoh tiga tahun sehingga 2025.

Kerjasama kedua-dua pihak ini bertujuan untuk memperkasakan lagi program di peringkat akar umbi serta meningkatkan lagi imej olahraga Malaysia.

Bagi Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim gembira apabila pihak swasta seperti Cahya Mata Sarawak sedia tampil untuk melabur dalam industri sukan tempatan dan ini merupakan tajaan terbesar pernah diterima KOM dalam tempoh 10 tahun.

“Dana ini menjadi sokongan yang amat penting dalam memberikan sokongan kewangan, sumber daya menerusi kejurulatihan dan pembangunan atlet olahraga kepada. Ini penaja besar khusus untuk tujuan tersebut.

“Dengan bantuan dan sokongan ini, pencapaian dan kejayaan dalam sukan olahraga akan terus menjadi kenyataan dalam memungut lebih banyak pingat emas sekali gus membanggakan Malaysia,” katanya pada sidang media majlis Perjanjian Penajaan antara Kesatuan Olahraga Malaysia dan Cahya Mata Sarawak di sini hari ini.

Antara manfaat lain yang akan diterima KOM menerusi perjanjian ini adalah sistem sokongan dari sudut sumber latihan serta peluang kerjaya untuk atlet negara.

“Perkongsian ini mencerminkan kepercayaan kami terhadap potensi atlet Malaysia.

“Komitmen kami asalah untuk memastikan bakat mereka dapat dimamfaatkan dalam melonjakkan prestasi demi mencapai kejayaan di pentas antarabangsa dan memperkasakan pencapaian Malaysia dalam sukan olahraga,” jelas Pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak, Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zahidi Haji Zainuddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya