Semua pengorbanan, penat lelah berbaloi - Lovelly

Semua pengorbanan, penat lelah berbaloi – Lovelly

LOVELLY Anne Robbert (empat dari kiri) diraikan oleh pegawai sukan negara selepas menghadiahkan pingat ke-27 buat Malaysia dalam Sukan Asia di Hangzhou. - MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terpaksa menduduki ujian secara dalam talian kerana berlatih di Singapura, selain dibelenggu kecederaan sebelum berlepas ke China membuatkan pingat perak yang diraih atlet karate, Lovelly Anne Robbert pada Sukan Asia Hangzhou terlalu istimewa.

Lebih manis lagi, perak yang diraih dalam saingan kata individu wanita hari ini melengkapkan sasaran 27 pingat yang ditetapkan kontinjen negara pada edisi ke-19 temasya. 0

Gadis manis berusia 19 tahun itu memberikan segala-galanya yang ada dalam saingan akhir sebelum akur kepada pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2020, yang juga juara bertahan Sukan Asia dua kali berturut-turut, Kiyou Shimizu dari Jepun dengan 39.80 mata berbalas 42.60.

Kata Lovelly cabaran terbesarnya untuk menghadapi Sukan Asia adalah terpaksa membahagikan masa ekoran berlatih di Singapura dan pada masa sama perlu menjalani secara dalam talian.

“Saya ada kekangan menjalani peperiksaan secara atas talian sebab berlatih di luar negara dan semasa di kem latihan pun banyak berdepan kecederaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu yang membuat penampilan sulungnya dalam Sukan Asia turut berpuas hati menghadiahkan pingat ke-27 untuk kontinjen Malaysia.

Sebelum ini, Lovelly juga pernah meraih pingat gangsa dalam acara sama dalam Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Tidak diletakkan harapan, kejayaan Lovelly mara hingga ke peringkat akhir sesuatu yang patut dipuji.

Dia memulakan saingan dengan mengumpul 38.6 mata untuk mara ke pusingan kedua.

Aksi pusingan keduanya semakin mantap apabila meraih 40.40 mata sehingga berjaya menduduki ranking pertama dari empat peserta yang membolehkannya mara ke penentuan pingat emas.

Skuad karate dijangka berpeluang cerah untuk menyumbangkan satu lagi pingat  menerusi kata berpasukan esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya