‘Semoga skuasy masuk Olimpik 2028’

‘Semoga skuasy masuk Olimpik 2028’

SKUAD skuasy Malaysia yang membawa pulang tiga pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam Sukan Asia di Hangzhou menerima sambutan wira sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang semalam. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Selepas menggondol pingat emas Sukan Asia 2022 di Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki, jaguh skuasy negara, Ng Eain Yow kini menyimpan impian besar untuk melihat skuasy dipertandingkan pula pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pemain No. 18 dunia berkata, dia sering mendengar khabar ­angin tentang skuasy akan dimasukkan ke dalam temasya empat tahun sekali itu tetapi sehingga kini ia masih belum menjadi realiti.

“Kami selalu dengar khabar angin (skuasy) akan dimasukkan dalam olimpik, tapi nampaknya (peluang itu) masih ada untuk Los Angeles 2028.

“Kalau masuk dalam Olimpik, skuasy pasti akan lebih popular dan lebih banyak bajet diperuntukkan,” katanya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Hangzhou, China, semalam.

Atlet berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, kelmarin, selepas menewaskan Saurav Ghosal dari India untuk memenangi pingat emas dan gangsa dalam acara berpasukan.

Eain Yow memberitahu, per­juangan skuasy untuk diper­tandingkan dalam Sukan Olimpik bukanlah perkara baharu dan ia pernah diperkatakan sejak zaman ratu skuasy negara, Datuk Nicol David lagi.

“Sejak zaman Nicol ada cakap pasal hal ini, malah dia pernah cakap jika lapan gelaran dunia yang dimenangi dapat ditukarkan dengan penampilan pada Sukan Olimpik, dia sanggup untuk melakukannya.

“Saya berharap Majlis Olim­pik Antarabangsa sedia pertimbangkan skuasy untuk dima­sukkan ke dalam Olimpik,” ujar Eain Yow.

Jelasnya, dia masih kekal optimis terhadap masa depan skuasy di pentas antarabangsa, di Malaysia juga sejak dua tahun lalu, sukan itu semakin berkembang dengan pencapai­an baik daripada barisan pemain negara.

“Kalau ikutkan Malaysia sentiasa ada pencapaian dan saya sendiri berjaya merangkul gelaran Asia sebanyak dua kali dan pada Sukan Asia saya memenangi pingat emas.

“Selepas ini, sasaran saya untuk mencapai kedudukan 10 terbaik dunia pula,” katanya yang akan menyertai Piala Malaysia Ace di Seremban, Negeri Sembilan, November ini yang dijangka menarik pemain ternama dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya