SAC edisi ke-32 kembali selepas dua tahun

SAC edisi ke-32 kembali selepas dua tahun

GAVIN Green merupakan antara pemain yang pernah bergelar juara di Kejohanan Amatur Saujana (SAC).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para pemain golf amatur dari rantau ASEAN dijemput untuk menyertai Kejohanan Amatur Saujana (SAC) yang akan berlangsung pada 12 hingga 15 Disember depan di Saujana Golf & Country Club (SGCC).

Pengarah SAC, Hew Kwee Fah berkata, kejohanan yang diadakan sejak 1988 itu akan menjadi edisi ke-32, yang sebelum ini dibatalkan selama dua tahun disebabkan Pandemik Covid-19.

Kwee Fah berkata, pemain-pemain golf yang bertanding pada kejohanan itu nanti berpeluang untuk beraksi di padang ‘Cobra’ yang digeruni iaitu gelaran bagi Palm Course yang terkenal di dunia.

“Kami sangat teruja untuk mengembalikan semula SAC yang telah dihentikan secara tiba-tiba akibat wabak pada 2020.

“Saya pasti barisan pemain golf yang bersaing nanti mampu mencabar ‘Cobra’ dan dapat meraih kemenangan pada kejuaraan tersebut nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penganjuran SAC itu bakal mendapat kerjasama dengan Persatuan Golf Malaysia (MGA), R&A dan barisan pemain yang memperoleh Gold Amatur Dunia (WAGR).

Menurut Kwee Fah, pemenang edisi terdahulu seperti Robert Allenby, Tim Wilkinson, Danthai Boonma dan ramai lagi termasuk Gavin Green dari Malaysia telah berjaya menunjukkan kemampuan mereka pada kejohanan ini sebelum menjadi profesional

Sementara itu, Pengerusi Penganjur SAC, Thum Wai Choong meluah rasa terujanya untuk menyambut kedatangan semula pemain amatur terkemuka dari rantau ini untuk menyertai SAC.

Tambahnya, SGCC juga telah menjadi tuan rumah kepada beberapa acara seperti Jelajah Pembangunan Asia (ADT) dan Kejohanan Remaja Saujana 10OPLUS pada Jun lalu.

“Saya yakin, SGCC mampu menjadi pentas pertandingan yang terbaik bagi kejuaraan tersebut nanti,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya