RM80,000 menanti Natasha habuan juara dunia

RM80,000 menanti Natasha habuan juara dunia

Natasha Roslan menunjukkan pingat emas, perak dan gangsa yang dimenangi dalam Kejohanan Boling Dunia di Kuwait minggu lalu sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang kelmarin. – IHSAN MAJLIS SUKAN NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kejayaan muncul juara individu wanita dalam Kejohanan Boling Dunia di Salmiya, Kuwait, minggu lalu menjanjikan sekurang-kurangnya RM80,000 untuk dinikmati Natasha Roslan.

Jumlah itu berdasarkan Skim Hadiah Kemenangan (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN), namun ia tidak termasuk perak yang turut diraih dalam berpasukan wanita serta tambahan satu lagi gangsa bonus berdasarkan kedudukan skuad wanita negara yang menghabiskan saingan kali ini di tempat ketiga keseluruhan.

Bagaimanapun, jumlah ganjaran Shakam untuk Natasha akan dinilai semula oleh MSN berdasarkan jumlah penyertaan negara pada Kejohanan Dunia kali ini.

“Gelaran juara dunia adalah pencapaian terbaik pernah saya capai dalam hidup. Sebelum ini saya pernah menang juara dunia tetapi dalam acara berpasukan, tak pernah lagi untuk individu.

“Memang itu hasrat saya untuk menjadi juara dunia sejak saya berumur 14 tahun lagi. Jujurnya, gelaran ini adalah pencapaian yang amat berharga untuk saya.

“Insentif Shakam akan meningkatkan lagi motivasi saya untuk mempertahankan gelaran sebagai juara dunia pada masa depan,” katanya.

Pemain berusia 27 tahun itu ditemui selepas tiba bersama skuad boling negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat malam kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Tenpin Malaysia (MTBC), Maradona Chok menganggap ini adalah pencapaian terbaik Malaysia di pentas dunia apabila membawa pulang keseluruhan lima pingat iaitu satu emas, dua perak dan dua gangsa.

“Kedua-dua pasukan lelaki dan wanita beraksi dengan baik dan mengikut strategi ditetapkan.

“Kejohanan kali ini amat sengit dan keputusannya mungkin tidak akan berpihak kepada kita jika berlaku sebarang kesilapan.

“Mereka akan beraksi dalam Kejohanan Kebangsaan minggu depan dan kemudian membuat persiapan menghadapi Kejohanan Dalam Dewan serta Seni Bela Diri Asia pada Februari,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya