Ragbi Piala Dunia: Red Rose kagumi Springboks

Ragbi Piala Dunia: Red Rose kagumi Springboks

PEMAIN scrum-half England, Alex Mitchell menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan di Institut Sukan, Keparan dan Prestasi Nasional di Bois de Vincennes, Paris semalam menjelang pertemuan menentang Afrika Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Jurulatih pertahanan England, Kevin Sinfield kagum ­dengan ­prestasi juara bertahan, Afrika Selatan ketika menyingkirkan tuan rumah, Perancis pada suku akhir Ragbi Piala Dunia.

Springboks mengecewakan Perancis dengan hanya satu mata 29-28 dalam aksi dramatik, Ahad lalu untuk menempah pertemuan separuh akhir de­ngan England, Sabtu ini.

Pertemuan kedua-dua pasukan di Stade de France, Paris bakal mengulangi final Piala ­Dunia 2019 di Jepun yang ­menyaksikan Springboks menewaskan Red Rose 32-12.

“Kami menonton perlawanan itu dan kagum dengan fizikal mereka. Ia persembahan yang bagus untuk ragbi dan kami amat menghormati Afrika Selatan,” katanya.

LOCK Afrika Selatan, Eben Etzebeth (tengah) menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan di Stadium Fauvettes, Domont semalam. – AFP

Rombakan barisan kejurulatihan yang dilakukan England, di mana Steve Borthwick kini menggalas tugas ketua jurulatih menggantikan Eddie Jones jelas menunjukkan mereka bukan lagi pasukan yang sama seperti empat tahun lalu.

Sementara itu, perubahan pengurusan dalam pasukan Afrika Selatan turut berlaku apabila Rassie Erasmus ­beralih ke jawatan pengarah ragbi, manakala Jacques Nienaber dinaikkan pangkat daripada pembantu kepada ketua jurulatih.

Namun, rata-rata barisan pemain Springboks 2019 masih kekal beraksi termasuk ketua pasukan, Siya Kolisi, Cheslin Kolbe, Faf de Klerk dan Handre Pollard.

“Saya rasa ada yang masih mengingati kekalahan itu dan ada juga tidak mengendahkannya sama sekali kerana ba­nyak yang telah berubah dalam tempoh empat tahun ini,” kata ­Sinfield merujuk kekecewaan pada final 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya