PARIS: Langkah tuan rumah, Perancis pada Ragbi Piala Dunia tersekat di suku akhir selepas kalah di tangan juara bertahan Afrika Selatan hanya dengan satu mata.
Dengan kemenangan yang mendebarkan itu membuka laluan kepada Afrika Selatan untuk mempertahankan kejuaraan mereka.
Lonjakan lewat Eben Etzebeth menyaksikan Springboks bangkit dari ketinggalan untuk menamatkan 18 kemenangan Perancis di gelanggang sendiri dan menempah tiket separuh akhir bertemu England ibarat ulangan final 2019.
Kedua-dua pasukan menlakukan tiga try dalam separuh masa pertama di Stade de France sebelum penalti Thomas Ramos memberikan tuan rumah pendahuluan tipis menuju masa rehat.
Ramos menambah tiga mata lagi ketika Perancis, diketuai oleh Antoine Dupont dalam usaha memburu gelaran sulung, dan kelihatan mereka berjaya mendapat merebut momentum daripada juara bertahan itu pada separuh masa kedua yang lebih sengit.
Tetapi percubaan Etzebeth mengubah kelebihan yang dimiliki tuan rumah sebelum sepakan penalti Handre Pollard dari dalam bahagian sendiri menjadi penentu.
Sepakan penalti Ramos membolehkan Perancis mengurangkang degfisit kepada satu mata dan usaha mereka selepas itu gagal untuk mengubah kedudukan yang menyaksikan kemenangan Springboks untuk mara ke separuh akhir. – BBC