Ragbi Piala Agong: PDRM tamatkan kemarau 32 tahun

Ragbi Piala Agong: PDRM tamatkan kemarau 32 tahun

ANTARA aksi menarik final Ragbi Piala Agong di antara PDRM dan Putrajaya di Stadium Rabgi Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menamat penantian 32 tahun apabila merangkul gelaran Ragbi Piala Agong sebentar tadi.

Sang Saka Biru muncul juara kejohanan edisi ke-39 itu dengan kejayaan 29-22 ke atas Putrajaya di Stadium Ragbi Perak di sini.

Begitupun dalam pertandingan sengit itu, perlawanan boleh berpihak kepada sesiapa sahaja berikutan kedudukan 24-22 tiga minit sebelum tamat perlawanan.

PDRM menguasai babak pertama untuk mendahului 24-7.

Namun Putrajaya bangkit pada separuh kedua untuk merapatkan kedudukan.

Bagaimanapun, Zulkifli Azmi memusnahkan sebarang Impian Putrajaya apabila melakukan try pada minit terakhir untuk memastikan gelaran milik PDRM.

PDRM yang kali terakhir muncul juara pada 1991 juga boleh berbangga apabila pemainnya, K. Dinesvaran memenangi anugerah Pemain Terbaik.

Selaku juara, PDRM pulang dengan hadiah RM20,000 manakala Putrajaya terpaksa berpuas hati dengan RM15,000.

Sementara itu, Sabah menebus kekecawaannya gagal ke final apabila membelasah Kuala Lumpur 69-19 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Skuad Badak yang mendahului 27-7 pada separuh pertama, mempamer kehebatan selepas rehat untuk pulang dengan hadiah wang tunai RM10,000. Kuala Lumpur pula meraih RM5,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya