Malaysia dihimpit kecederaan menentang Jepun di separuh akhir

Ragbi Asia Seven Series: Malaysia dihimpit krisis kecederaan menentang Jepun di separuh akhir

Aksi pemain ragbi 7's negara ketika mengharungi perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan ragbi Asia Seven Series di Bangkok, Thailand hari ini. (FOTO: MRU)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Skuad ragbi tujuh sepasukan (7s) negara menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Asia Rugby Seven Series setelah muncul naib juara Kumpulan B.

Skuad Bunga Raya yang kendalian Nik Safuan Ismade berjaya mengumpul tujuh mata untuk mengiringi Hong Kong ke peringkat kalah mata yang akan berlangsung esok.

Terdahulu, Malaysia berjaya menewaskan Korea Selatan 21-17, disusuli kemenangan 29-21 ke atas Singapura sebelum tunduk 5-43 kepada Hong Kong.

Menanti Malaysia esok di peringkat separuh akhir adalah juara Kumpulan A, Jepun.

 

Malaysia cipta kejutan untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Ragbi Asia Seven Series selepas muncul naib juara Kumpulan B. (FOTO: MRU)

“Pasukan menunjukkan prestasi sangat memberangsangkan, dimana berjaya menang dua perlawanan dan dalam masa yang sama pasukan membuat kejutan berjaya menumpaskan Korea Selatan.

“Kami di barisan kejurulatihan amat berpuas hati dan terkejut dengan usaha yang telah diberikan oleh para pemain.

“Walaubagaimanapun kami amat bimbang kerana terdapat lapan pemain mengalami kecederaan yang serius. Salah seorang daripadanya tidak dapat beraksi pada separuh akhir, jadi kami akan cuba memperbaiki taktikal pertahanan yang mana mampu untuk memberi saingan yang sengit ketika menentang pasukan Jepun esok,” jelas Nik Safuan.

Dalam masa yang sama, skuad wanita pula tewas ketiga-tiga perlawanan di peringkat Kumpulan A.

Malaysia tumbang 0-36 kepada Jepun dalam perlawanan pembukaan, kemudian cuba memberikan tentangan kepada Hong Kong namun tidak berjaya apabila tewas 39-10.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Kazakshtan pula berakhir dengan keputusan 0-17.

Bagaimanapun, skuad wanita negara masih berpeluang memperbaiki kedudukan mereka apabila dijadualkan beraksi dalam separuh akhir Plate (penentuan kelima hingga kelapan) esok dengan berdepan Singapura.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya