Piala Sultan Johor: India hukum skuad muda negara 3-1

Piala Sultan Johor: India hukum skuad muda negara 3-1

JOHOR BAHRU, 28 Oktober - Pemain Malaysia Ashraf Adam cuba melepasi pertahanan India pada perlawanan peringkat kumpulan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OHOR BAHRU – Skuad remaja kebangsaan terus berputih mata apabila tewas 1-3 kepada juara bertahan, India dalam saingan Kumpulan B Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam ini.

Skuad kendalian Muhamad Amin Rahim beraksi dengan lebih baik pada malam ini dengan mempamer corak permainan bertenaga dan memberi tekanan kepada pasukan lawan.

Hasilnya, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Shahmie Irfan Suhaimi pada minit ke-13.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan kendalian C.R. Kumar meningkatkan tempo permainan namun gagal menembusi gawang gol yang dikawal ketat oleh Rafaizul Mohamad Saini menafikan beberapa percubaan berbahaya pasukan India.

Gol yang diburu juara tiga kali SOJC itu hadir pada penghujung suku kedua menerusi gol padang yang dijaringkan oleh Lalage Aditya Arjun pada minit ke-28.

Jaringan itu tampak merentap moral pemain skuad remaja kebangsaan dalam masa sama juara bertahan itu semakin buas mengatur serangan dan berjaya menambah jaringan pada minit ke-37 berpunca daripada pukulan sudut penalti yang disudahkan Lakra Amandeep.

JOHOR BAHRU, 28 Oktober – Pemain India Gurjot Singh bekerja keras mengawal bola apabila di kawal tiga pemain Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

 

Rafaizul terus bertindak cemerlang menafikan beberapa percubaan pasukan India bagi memastikan jurang jaringan skuad remaja kebangsaan tidak berganjak.

Ketika The Young Tigers garang memburu jaringan, pasukan India bijak menghidap peluang apabila menambah jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Rohit pada minit ke-54.

Pasukan tuan rumah menggandakan asakan bagi memburu jaringan namun keputusan kekal ke wisel penamat.

Dalam satu lagi pertemuan Kumpulan B, Pakistan meraih kemenangan pertama menewaskan New Zealand dengan 3-2.

Pakistan berada di kedudukan selesa apabila berada di hadapan 3-0 hasil jaringan Ahmad Arbaz, Ali Basharat dan Muhammad Khan menerusi pukulan sudut penalti.

Biarpun The Black Sticks berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan gol padang Gus Nelson pada minit ke-58 dan pukulan sudut penalti yang disempurnakan Patrick Ward seminit berselang namun ia sedikit terlambat buat anak buah Aaron Ford untuk mencuri satu mata.

Dalam satu lagi pertemuan, Jerman membelasah Afrika Selatan 6-1 dalam aksi Kumpulan A  pada aksi petang tadi.

Gol skuad kendalian Rein van Eijk dijaringkan oleh Liam Holdermann, Matteo Poljaric, Luis Hoechemer dan Florian Sperling yang masing-masing menjaringkan  satu gol manakala Ben Hasbach menambah derita buat pasukan Afrika Selatan dengan meledak dua gol.

Gol sagu hati Afrika Selatan dijaringkan oleh Caleb Oliphant menerusi gol padang ketika perlawanan berbaki dua minit untuk ditamatkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya