PETALING JAYA: Palestin sah menarik diri daripada menyertai Pestabola Merdeka 2023.
Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali gus hanya disertai tiga pasukan iaitu Malaysia, India dan Tajikistan.
Selain itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman turut menegaskan bahawa format pertandingan kekal, di mana Tajikistan mendapat ‘bye’ untuk mara ke final dan menanti lawan diantara Malaysia atau India.
“Palestin telah memaklumkan kepada kita secara rasmi penarikan diri pada 2 pagi semalam dan kita memahami situasi yang dihadapi mereka.
“Tiada perubahan format pertandingan, Malaysia akan menentang India pada 13 Oktober manakala Tajikistan mendapat bye ke final yang dijadualkan berlangsung pada 17 Oktober,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.- UTUSAN