Pemain ragbi Afrika Selatan terima ancaman bunuh

Pemain ragbi Afrika Selatan terima ancaman bunuh

PEMAIN scrum-half Afrika Selatan, Cobus Reinach (kanan) menghadang kapten Perancis, Antoine Dupont ketika separuh akhir Piala Dunia di Stade de France, Paris, Ahad lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ragbi Dunia (WR) memberi amaran akan memburu mereka yang menghantar ancaman bunuh terhadap bintang Afrika Selatan, Cobus ­Reinach.

Pemain scrum-half Montpellier itu menjadi sasaran di media sosial selepas membantu Springboks menumpaskan tuan rumah, Perancis 29-28 pada suku akhir, Isnin lalu.

Pihak pengurusan Af­rika Selatan telah me­laporkan perkara itu kepada polis, tetapi badan ragbi antarabangsa, WR bekerjasama dengan Signify Group yang melin­dungi komuniti dalam talian.

“Kami akan mengenal pasti siapa individu itu, kami boleh mengetahui siapa mereka, di mana mereka tinggal.

“Jadi berhati-hati de­ngan apa yang anda tulis,” kata seorang jurucakap WR.

COBUS REINACH 

Springboks membawa enam pengawal kese­lamatan yang ­lengkap bersenjata sejak tiba di Corsica,

Perancis pada Ogos lalu dan tidak me­rasakan keperluan untuk meningkatkannya ­minggu ini.

“Kami di sini untuk mewakili Afrika Selatan. Jika seseorang mempunyai masalah dengan itu pihak berkuasa ­Perancis perlu mena­nganinya,” kata penolong jurula­tih Afrika Selatan, Mz­wandile Stick.

WR meningkatkan tahap keselamatan sebelum suku akhir dan mengatakan mereka memantau trafik dalam talian setiap hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya