Peluang Zii Jia balas kritikan

Peluang Zii Jia balas kritikan

lee zii jia
LANGKAH Lee Zii Jia dalam Sukan Asia di Hangzhou berakhir di tangan H.S Prannoy pada suku akhir semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun dipalit pelbagai kontroversi sebelum dan ketika Sukan Asia 2022 berlangsung, Lee Zii Jia mengetepikan semua masalah luar gelanggang ketika mengejutkan juara dunia, Kunlavut Vitidsarn untuk mara ke suku akhir di Hangzhou semalam.

Kemenangan 10-21, 21-19, 21-6 yang dilakar ke atas jaguh Thailand dan pemain No. 4 ­dunia itu akan menemukan Zii Jia kini dengan pilihan kelima, H.S Prannoy dari India dalam perebutan slot ke separuh akhir, sekali gus mengesahkan sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam genggaman.

Membawa pulang pingat juga bermakna, kedudukan pemain ranking ke-16 dunia itu dalam program Road to Gold (RTG) yang akan dinilai semula selepas temasya berakhir lebih selamat, namun berdepan Prannoy juga bukan laluan mudah.

Rekod pertemuan, kedua-dua pemain seimbang dengan terikat 1-1, namun perlawanan terakhir memihak Prannoy yang menang 18-21, 21-13, 25-23 pada Kejohanan Campuran Asia di Dubai, Februari lalu.

“Jelas dapat dilihat stamina Kunlavut semakin menurun, setiap pemain mempunyai keadaan tubuh badan berbeza.

“Kami mengharungi banyak kejohanan tahun ini. Saya mengalami banyak kekalahan di pusingan awal, manakala dia kerap mara ke pusingan seterusnya.

“Saya fikir dia lebih penat berbanding saya,” jelas Zii Jia.

NG Tze Yong meneruskan cabaran ke suku akhir Sukan Asia.

Kali terakhir perseorangan lelaki negara membawa pulang pingat Sukan Asia adalah menerusi Datuk Lee Chong Wei yang meraih gangsa di Incheon 2014.

Cabaran Malaysia turut dite­ruskan empat lagi wakilnya, Ng Tze Yong, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Tze Yong mara selepas mengetepikan Wangcharoen Kantaphon dari Thailand 21-17, 21-12 untuk menempah pertemuan dengan pilihan kedua dari Jepun, Kodai Naraoka.

Pearly-Thinaah mara dengan mengalahkan pasangan Thailand, Jomgkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 21-15, 21-17 dan akan menentang pilihan kedua dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.

Aaron-Wooi Yik mengetepikan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Kedren Kittinupong 21-12, 21-14, manakala Tang Jie-Ee Wei mengalahkan beregu India, Sai Pratheek K-Tanisha Crasto 21-18, 21-18.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya