PDRM janji tiada 'operasi pukat' di Sepang untuk GP Malaysia

PDRM janji tiada ‘operasi pukat’ di Sepang untuk Grand Prix Malaysia

IMRAN ABD RAHMAN (tengah)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang untuk melaksanakan sekatan jalan raya bagi memastikan aliran trafik lancar ketika saingan Grand Prix (GP) Malaysia berlangsung pada 10 hingga 12 November depan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman menjelaskan walaupun tiada sekatan jalan raya akan dibuat, namun dia menggesa agar peminat khususnya konvoi motorsikal yang akan hadir menyaksikan perlumbaan tersebut mematuhi segala peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Sebanyak 600 pegawai dan anggota PDRM akan dikerah bagi mengawal lalu lintas dan keselamatan pengunjung sepanjang saingan berlangsung.

“Kami tidak akan buat sekatan jalan raya pada hari kejadian di KLIA kerana bagi saya ia bukan masa sesuai. Bagi kami, peraturan jalan raya bukan termaktub pada masa berlangsungnya perlumbaan MotoGP tetapi ia berkuat kuasa 24 jam.

“Jika kami mengesan ada salah laku seperti tindakan memandu secara melulu dan merbahaya di jalan raya termasuk mengganggu ketenteraman awam mereka akan dikenakan tindakan.

“PDRM bertugas dan berfungsi untuk memastikan keselamatan. Kami meminta semua pengunjung mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya agar kita dapat memastikan kelancaran penganjuran MotoGP musim ini,” jelas Imran dalam Majlis Taklimat GP Malaysia di IPD KLIA hari ini.

Tambah Imran lagi, dia menggesa pengguna jalan raya yang mempunyai urusan penerbangsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sepanjang tempoh itu untuk merancang perjalanan sebaiknya bagi mengelakkan diri terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Pihak SIC juga telah memperuntukkan sebanyak 34 ribu tempat letak kereta, serta bas percuma di sekitar kawasan litar untuk memudahkan pergerakan pengunjung menyaksikan perlumbaan GP Malaysia kali ini.

Selain itu, perkhidmatan bas RapidKL juga disediakan yang akan bergerak dari Menara Kembar Kuala Lumpur (KLCC) dan Pasar Seni menuju ke Litar Sepang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya