Pandelela hadiahkan pingat ke-22 buat negara, raih gangsa hari ini

Pandelela hadiahkan pingat ke-22 negara, raih gangsa hari ini

PANDELELA Rinong meraih pingat gangsa dalam 10m platform individu pada Sukan Asia di Hangzhou.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terjun terus menjadi ‘lubuk’ pingat Malaysia dalam Sukan Asia 2022 selepas Datuk Pandelela Rinong menghadiahkan gangsa dalam acara10 meter (m) platform wanita di Hangzhou, China hari ini.

Ini adalah pingat kedua buat penerjun berusia 30 tahun itu selepas turut meraih gangsa bersama Nur Dhabitah Sabri dalam saingan 10m seirama wanita, Sabtu lalu.

Dalam saingan hari ini, Pandelela yang tidak bertanding pada Sukan Asia 2018 mengumpul 280.50 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

Seperti dijangka, China menguasai kedudukan 1-2, di mana juara Olimpik, Quan Hongchan memenangi emas dengan catatan 438.20 mata.

Rakan rakan senegaranya, Chen Yuxi meraih perak menerusi 435.65 mata.

Setakat ini, terjun menghadiahkan sebutir pingat perak dan empat gangsa, mengatasi pencapaian mereka dalam Sukan Asia di Jakarta/Palembang 2018, di mana mereka pulang dengan satu perak serta tiga gangsa.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya