Padang tiruan Stadium Wankdorf bimbangkan Guardiola

Padang tiruan Stadium Wankdorf bimbangkan Guardiola

STADIUM Wankdorf di Bern, Switzerland yang menggunakan rumput tiruan mencetuskan kebimbangan terhadap Manchester City menjelang pertemuan Liga Juara-Juara esok. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City terpaksa menukar persiapan Liga Juara-Juara mereka dan terbang awal ke Switzerland untuk menyesuaikan pasukan dengan keadaan padang tiruan di Stadium Wankdorf.

Skuad kendalian Pep Guardiola akan menentang Young Boys di Stadium Wankdorf hari ini (3 pagi esok waktu Malaysia) dan selepas itu mereka akan berdepan Manchester United pada hujung minggu ini, sekali gus perlu mengelak episod kecederaan.

Anak-anak buah Guardiola biasanya berlatih di Akademi Bola Sepak City sebelum terbang ke destinasi lawan dan jarang berlatih di padang pasukan tuan rumah sebelum perlawanan.

Begitupun padang tiruan Young Boys di Switzerland telah meyakinkan Guardiola bahawa pasukannya perlu berlatih di permukaan berbeza sebelum perlawanan Rabu ini.

Dua tahun lalu, Young Boys pernah menewaskan Manchester United di tempat sendiri dan Luke Shaw ketika itu mengkritik hebat permukaaan padang.

PEMAIN Manchester City melakukan persiapan menjelang pertemuan menentang Young Boys. – MANCHESTER CITY

“Tiada alasan, kami kalah dalam perlawanan itu. Tetapi untuk Liga Juara-Juara, padang-padang ini, ia tidak sepatutnya dilakukan. Ia berbahaya. Sukar untuk dimainkan,” kata Shaw.

Young Boys beralih kepada rumput sintetik pada 2014 untuk mengurangkan kos selenggara dan memastikan mereka boleh menganjurkan acara lain di stadium berkenaan.

Ia bukan kritikan pertama mengenai padang itu kerana bekas bos Red Devils, Jose Mourinho juga mempunyai sesuatu untuk diperkatakan mengenai perkara tersebut pada 2018.

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 22: Manchester City’s Rúben Dias in action during training at Manchester City Football Academy on October 22, 2023 in Manchester, England.

“Saya tidak faham bagaimana anda boleh bermain ­pertandingan kelab terbaik di padang tiruan.

“Sesetengah pemain mungkin takut kecederaan. Saya mempunyai beberapa pemain selepas latihan semalam, latihan ringan, dan mereka berasa buku lali, sakit belakang, sakit.

“Ia tidak mudah, ­terutamanya bukan untuk orang yang tidak menyesuaikan diri dengannya. Juga sedikit ketakutan dalam aksi sebenar,” kata Mourinho.

Kebimbangan Guardiola ­terhadap kecederaan bermakna City telah mengubah rancangan mereka dan kini akan mengambil penerbangan lebih awal.

Ketika ini, Guardiola ­terdesak untuk memastikan skuadnya ‘segar’ menjelang pertembungan Liga Perdana menentang pencabar United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya