PETALING JAYA: Kontinjen negara mengakhiri temasya Sukan Para Asia Hangzhou dengan menambah satu pingat gangsa menerusi atlet olahraga Muhamad Nurdin Ibrahim dalam acara 1,500 meter (m) lelaki T20 (kecacatan fizikal) hari ini.
Muhamad Nurdin yang juga merupakan atlet terakhir negara yang beraksi Sukan Para Asia Hangzhou pada edisi kali ini meraih gangsa selepas dia melakukan catatan19.95 saat (s), sekali gus menyumbang pingat ke-39 buat kontinjen negara.
Dalam acara yang berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huanglong itu, pingat emas dan perak dimenangi oleh atlet Jepun, Kenta Okawachi (4:05.12s) dan Daisuke Nakagawa (4:06.35s).
“Alhamdulillah dengan kejayaan pingat ini. Ini merupakan penampilan pertama saya di Sukan Para Asia dan tak sangka boleh dapat pingat.
“Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa khususnya serta jurulatih yang banyak memberi sokongan dan semangat selama ini,” katanya yang dipetik kepada Bernama.
Pingat gangsa Muhammad Nurdin menyaksikan kontinjen menutup saingan di Hangzhou dengan tujuh pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa.-UTUSAN ONLINE