Natasha juara dunia dalam keadaan kulit jari tangan terkoyak

Natasha juara dunia dalam keadaan kulit jari tangan terkoyak

NATASHA Roslan mahu memberikan yang terbaik dalam kejohanan Terbuka Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beraksi menahan sakit dengan kulit ibu jari tangan kanan terkoyak, antara kepayahan terpaksa dilalui Natasha Roslan untuk bergelar juara boling dunia di Salmiya, Kuwait kelmarin.

Kejayaan itu tidak diraih dengan mudah kerana Natasha beraksi menggunakan tangan kanan, namun semangatnya yang luar biasa membolehkannya merangkul kejuaraan dunia.

Saingan yang berlangsung di Pusat Boling Kuwait itu ­menyaksikan Natasha menewaskan rakan senegara, Sin Li Jane 259-194, 162-238, 185-165 dalam perlawanan akhir perseorangan wanita.

Natasha, 26, mengakui sa­ngat terkejut dengan kejayaan itu, namun kemenangan tidak meletakkannya dalam keadaan selesa kerana dia masih mempunyai tugas membantu Malaysia memburu pingat saingan berpasukan.

“Saya rasa seperti tiada masa untuk proses semua ini. Kejayaan ini sangat menggembirakan tetapi saya perlu fokus kepada baki acara yang ada agar dapat membantu rakan sepasukan memenangi pingat.

”Saya sangat gementar dan juga dalam kesakitan. Tetapi saya ingat, dalam perlawanan itu berlaku titik perubahan di dalam fikiran saya semasa aksi kedua menentang Korea, yang membuatkan saya perlu mengenepikan segala kesakitan.

“Saya letakkan dalam fikiran yang saya sudah berada di sini jadi saya perlu bertarung sehingga habis sedaya upaya saya,” katanya.

Terdahulu, Natasha dan ­Li Jane layak ke saingan akhir selepas masing-masing berjaya menafikan kemaraan lawan mereka dari Korea Selatan di separuh akhir.

Natasha yang pernah memenangi pingat perak Sukan Asia 2018, menjadi atlet Malaysia ketiga berjaya merangkul ­gelaran juara dunia selepas Esther Cheah (2005) di Aalborg dan Jacqueline Sijore (2011) di Hong Kong.

Ini juga adalah pingat emas keduanya dalam Kejohanan Dunia selepas membantu Malaysia menjuarai acara berpasukan wanita pada 2017.
Kejayaannya itu diraih bersama Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Badrul Rahman serta Datuk Shalin Zulkifli di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya