Misi Speedy Tigers semakin mencabar

Misi Speedy Tigers semakin mencabar

ARUL Selvaraj memberi kata-kata semangat kepada pemainnya selepas kekalahan kepada Korea Selatan di Hangzhou semalam. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedudukan Malaysia sebagai pendahulu Kumpulan B tidak tergugat, namun kekalahan 3-4 kepada Korea Selatan semalam meletakkan skuad hoki lelaki negara berdepan laluan getir untuk ke separuh akhir Sukan Asia.

Selepas menang bergaya dalam tiga perlawanan pertama, Speedy Tigers merasai kekalahan pertama, sekali gus menyaksikan tiga pasukan berkongsi sembilan mata – Malaysia, China dan Korea Selatan.

Itu bermakna, Malaysia mesti mengalahkan tuan rumah dalam aksi terakhir kumpulan esok bagi mengesahkan tiket separuh akhir ketika Korea pula dijangka tidak berdepan masalah untuk memenangi pertemuan dengan Oman.

Selepas empat perlawanan, Malaysia masih mengungguli Kumpulan B menerusi kelebihan jaringan, meninggalkan China di tangga kedua dan Korea ketiga.

Seri dengan China memadai untuk membawa Speedy Tigers ke separuh akhir, sekurang-kurang­nya selaku naib juara kumpulan.

Turun dengan misi membawa pulang pingat emas buat kali pertama, sekali gus meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024, anak-anak buah Arul Selvaraj mempamer aksi ‘yo yo’ di Stadium Gongshu Canal Sport Park.

PEMAIN Malaysia, Muhamad Ramadan Rosli (tengah) cuba melepasi hadangan pemain Korea Selatan pada aksi Kumpulan B, Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China semalam. – AFP

Arul mengakui, kekalahan itu berpunca akibat sikap mereka yang kurang peka dengan ke­adaan sekeliling meskipun telah mendahului perlawanan seawal minit kelima menerusi jaringan padang Ashran Hamsani.

Dua lagi gol disumbangkan Faizal Saari pada minit ke-30 dan Razie Rahim minit ke-55 tetapi Korea membolosi gawang negara pada minit ke-11, 32, 44 dan 55.

“Ada beberapa kesilapan mudah dilakukan seperti dari segi konsentrasi dan apa yang saya nak ingatkan kepada pemain kepekaan di sekeliling padang. Ini kelemahan kita kerana kepekaan yang agak lembap.

“Kalau kita bermain dengan kepekaan tinggi, pergerakan bola memang bagus tetapi hari ini (semalam), lembap sedikit kerana kita kurang peka di atas padang,” kata Arul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya