Misi buru tiket Olimpik belum berkubur

Misi buru tiket Olimpik belum berkubur

PEMAIN China meraikan gol keempat mereka, sekali gus mengikat Malaysia 4-4 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, hoki lelaki Sukan Asia 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, Hangzhou kelmarin. - BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas gagal memburu slot ke Sukan Olimpik 2024 menerusi tiket Sukan Asia ekoran tersingkir di peringkat kumpulan kelmarin, skuad hoki berazam untuk bangkit lebih kuat dan memanfaatkan sepenuhnya peluang kedua pada Kelayakan Olimpik di Muscat, Oman, Januari tahun depan.

Kelmarin, Speedy Tigers bukan sahaja terlepas untuk meraih emas Sukan Asia di Hangzhou, malah slot secara merit ke temasya Paris selaku juara benua Asia juga tertutup apabila ter­singkir di peringkat kumpulan.

Anak-anak buah Arul diikat 4-4 oleh tuan rumah, China dalam aksi terakhir Kumpulan B, sekali gus ditunjukkan jalan keluar daripada perebutan pi­ngat apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan.

Berdasarkan situasi semasa, skuad Speedy Tigers sudah mengesahkan tempat ke pusi­ngan Kelayakan Olimpik itu memandangkan Sukan Asia 2022 menawarkan lima slot ke pusi­ngan terbabit.

“Kita akan duduk berbincang satu pasukan untuk melihat si­tuasi sekarang. Kita juga masih tak pasti berapa slot ditawarkan sama ada empat atau lima daripada Sukan Asia ke kelayakan Olimpik.

“Jadi kita perlu cuba tamatkan Sukan Asia di kedudukan setinggi yang boleh iaitu tempat kelima. Perjuangan belum berakhir dan kita perlu berjuang merebut tempat ke kelayakan Olimpik nanti,” katanya.

PEMAIN negara, Muhammad Firhan Ashari (tengah) dikawal ketat pemain China dalam aksi Kumpulan B, Sukan Asia 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park kelmarin. – BERNAMA

Biarpun tampil sebagai antara 10 pasukan terbaik dunia dan sering mewarna pentas antarabangsa, namun hakikatnya hoki lelaki Malaysia tidak pernah melayakkan diri ke Olimpik sejak kali terakhir membuat penampilan di Sydney 2000.

Dalam aksi kelmarin, skuad Speedy Tigers meraih empat gol menerusi jaringan Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-18, Ashran Hamsani (m-25), Amirul Hamizan Azahar (m-35) dan Faiz Helmi Jali (m-40).

Empat gol China yang merupakan pasukan No.22 dunia pula, diperolehi menerusi Gao Jiesheng pada minit ke-13, Chen Qijun (m-20), Pan Dongquan (m-36) dan Zhu Weijiang (m-43).

Keputusan seri itu mem­boleh­kan China dan Korea Selatan meraih dua slot terbaik Kumpulan B ke separuh akhir, manakala skuad negara terpaksa bermain klasifikasi tempat kelima dan keenam menentang Pakistan pada Jumaat ini.

Dalam pada itu, Arul berkata, dia melihat pemainnya mempunyai kemahuan untuk menang ketika menentang China namun, beberapa kelemahan yang ditunjukkan pada aksi penentuan itu berjaya dihukum lawan yang mendapatkan empat gol pada aksi terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya