Misi buru emas Sukan Olimpik tidak terjejas

Misi buru emas Sukan Olimpik tidak terjejas

PERUNTUKAN untuk persiapan atlet ke Sukan Olimpik di Paris tahun depan mencukupi biarpun terdapat pengurangan dalam bajet keseluruhan sukan negara dalam Belanjawan 2024 semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun terdapat pengurangan dalam peruntukan keseluruhan sukan pada Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, namun jumlah diterima ­mencukupi, terutama bagi mempersiapkat atlet menghadapi Sukan Olimpik di Paris.

Secara keseluruhan, bajet sukan negara untuk 2024 adalah RM184 juta, lebih rendah daripada peruntukan tahun ini iaitu RM399 juta.

Begitupun Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib menjelaskan peruntukan untuk atlet bagi persediaan ke Olimpik Paris 2024 seimbang dan tidak banyak beza dengan yang diberikan untuk temasya sebelum ini.

Daripada keseluruhan bajet, RM72 juta diperuntukkan kepada persiapan­ atlet untuk musim 2024.
Sebanyak RM20 juta dikhususkan kepada atlet di bawah program Road to Gold (RTG) yang dipersiapkan bagi memburu pingat emas Olimpik pertama Malaysia.

NG Tze Yong menjadi sandaran pingat Sukan Olimpik dalam badminton.

“Setiap kali tahun Sukan Olimpik, kita dapat lihat bajet yang diberikan Perdana Menteri adalah bersesuaian. Ia satu jumlah yang mencukupi untuk kita melakukan persiapan dan sebagainya tetapi belum sampai ke tahap yang mampu untuk melakar satu keputusan yang luar biasa di Sukan Olimpik.

“Kalau kita lihat rekod lampau, jumlahnya tidak banyak beza, dan ia mencukupi untuk melakukan semua persiapan tetapi untuk mencapai keputusan yang lebih, kita memerlukan dana yang lebih lagi,” jelas Nazifuddin yang dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam masa sama, Nazifuddin menyarankan baki RM52 juta daripada peruntukan kepada atlet itu digunakan sebaik­nya, khusus kepada membentuk atlet muda sebagai pelan jangka panjang untuk Sukan SEA Thailand 2025, Sukan Asia Nagoya 2026 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

MOHD. NAZIFUDDIN NAJIB

“Saya pun tidak pasti pembahagian dana itu akan dilaksanakan bagaimana, tetapi kita tahu Sukma (Sukan Malaysia) akan diadakan di Sarawak tahun hadapan, jadi mungkin dari situ kita boleh melihat menggunakan bajet ini untuk fokus kepada atlet-atlet pelapis baru yang akan diserap ke mewakili negara di beberapa temasya selepas ini,” katanya.

Kerajaan memperuntukan RM50 juta untuk Penyelenggaraan, naik taraf kemudian belia dan sukan, manakala sebanyak RM50 juta lagi adalah geran padanan penganjuran acara sukan.

Selain peruntukan kepada atlet normal, kerajaan juga bersetuju untuk memberikan dana RM12 juta kepada atlet para negara yang akan berjuang memburu lebih banyak pingat emas dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya