Messi, Ronaldo berentap di Arab Saudi?

Messi, Ronaldo berentap di Arab Saudi?

ARAB Saudi sedang berusaha membawa Lionel Messi ke negara itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi sedang menyediakan tawaran pinjaman kepada Lionel Messi untuk menghidupkan semula persaingannya dengan Cristiano Ronaldo.

Messi mengharungi musim yang cemerlang sejak tiba di Inter Miami musim pada panas ini, malah meledak 11 gol dalam 11 perlawanan pembukaannya dan membantu kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat itu menjulang trofi pertama mereka.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu turut membeli rumah agam bernilai AS$10.8 juta (RM51 juta) di Florida pada September lalu, membayangkan dia akan kekal bersama Inter Miami di masa hadapan.

Bagaimanapun, Arab Sau­di tidak berputus asa cuba mendapatkan peluang menandatangani pemain Argentina itu dan sedang meneroka pilihan untuk membawanya ke Asia Barat dengan perjanjian pinjaman pada musim sejuk ini.

Wartawan Sky Sports, Rudy Galetti mendakwa, ‘penilaian dalaman mengenai usaha itu (membawa Messi ke Arab Saudi) masih berterusan’

Jika pemain berusia 36 tahun itu menyertai Liga Pro Saudi, dia berjaya menghidupkan semula persaingan lamanya dengan Cristiano Ronaldo yang kini bermain untuk Al-Nassr.

Secara teori, perpindahan pinjaman akan menjadi perkara paling masuk akal memandang­kan MLS tamat pada penghujung Februari dan itu akan memberikan Messi hampir lima bulan untuk bercuti.

Laporan itu juga menambah, peluang menandatangani pemenang Piala Dunia 2022 itu dilihat sebagai langkah penting dalam Dana Pelaburan Awam.

Al-Hilal sebelum ini pernah cuba memikat Messi dengan kontrak 400 juta euro (RM2 bi­lion) setahun, namun Messi pula mempunyai idea lain dengan perkhabaran dia tidak bercadang untuk melanjutkan kontraknya dengan Inter Miami selepas 2025. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya