Melaka dan Kuala Lumpur tempah slot final Piala Tun Abdul Razak

Melaka dan Kuala Lumpur tempah slot final Piala Tun Abdul Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melaka dan Pahang sah akan membuat perhitungan di final Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak apabila berjaya menewaskan lawan masing masing di peringkat separuh akhir sebentar tadi.

Perlawanan separuh akhir antara juara bertahan, Perak menentang Melaka berlangsung cukup sengit dalam aksi yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil 2.

Bagaimanapun Melaka terlebih dahulu mencetak jaringan pada suku kedua permainan menerusi Zufar Saiful Marsita.

Perak terpaksa menanti sehingga penghujung babak suku keempat permainan untuk mendapatkan gol penyamaan, apabila Syed Syafiq Syed Cholan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke 50.

Perlawanan kemudian terpaksa diheret ke penentuan penalti shoot out, yang berkesudahan memihak kepada Melaka dengan keputusan 3-2.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Kuala Lumpur membenam Pahang 3-1 untuk mara ke perlawanan final.

Begitupun, Pahang terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ismail Abu pada minit ke 16.

Kuala Lumpur kembali memperkemaskan jentera serangan mereka dan membalas beberapa minit kemudian hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan Zulpidaus Mizun.

Skuad warga kota terus menambah derita Pahang apabila Wan Arif Faizuddin Ameer Ruzman meledak di suku ketiga permainan.

Danial Asyraf Abdul Ghani memastikan slot ke final sah menjadi milik Kuala Lumpur apabila menjaringka gol ketiga pasukan pada minit ke 51.

Perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak akan berlangsung pada Sabtu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya