Marquez idam sejarah baharu bersama Gresini

Marquez idam sejarah baharu bersama Gresini

MARC Marquez bercakap dalam sidang akhbar di Litar Mandalika semalam menjelang Grand Prix Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANDALIKA: Juara MotoGP dunia enam kali, Marc Marquez teruja untuk memulakan cabaran baharu setelah secara rasminya menandatangani kontrak bersama Gresini Ducati pada musim 2024.

Marquez dan Honda bersetuju menamatkan kontrak mereka lebih awal pada penghujung musim ini.

Pelumba berusia 30 tahun itu bergelut untuk kembali ke prestasi terbaik musim ini apabila hanya mampu menghabiskan lima pusingan dalam keadaan kurang cergas serta berdepan masalah jentera.

Satu-satunya kedudukan podium buat Marquez tahun ini adalah meraih tempat ketiga Grand Prix (GP) Jepun, awal ­bulan ini.

“Ini bukanlah keputusan yang mudah kerana akan ada perubahan besar berlaku dalam setiap aspek tetapi kadangkala dalam hidup, penting untuk kita keluar dari zon selesa dan untuk berkembang.

“Daripada segi jentera, saya sedar perlu cepat menyesuaikan diri dan ia bukan mudah tetapi saya pasti seluruh warga pasukan Gresini akan membantu.

“Apa pun, saya tidak sabar untuk berkenalan dengan seluruh pasukan dan bekerjasama dengan mereka,” kata Marquez.

Penghijrahan Marquez ke pasukan Gresini musim hadapan bakal menyaksikan dia bergandingan semula dengan adiknya, Alex, yang kali terakhir menyaksikan mereka bekerjasama dalam satu pasukan adalah pada musim 2020 bersama Honda Repsol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya