Malaysia sokong Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia 2034

Malaysia sokong Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia 2034

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyatakan sokongan kepada Arab Saudi dalam kempen negara itu membida tuan rumah Piala Dunia 2034.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, bidaan Arab Saudi hadir setahun selepas Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama di Asia Barat yang diklasifikasikan sebagai berjaya oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino.

“Lantaran itu, kami menyokong Arab Saudi sebagai satu lagi negara Asia yang mampu menyajikan Piala Dunia selepas Korea Selatan dan Jepun pada 2002 serta Qatar, 2022.

“Piala Dunia yang diadakan di Korea Selatan, Jepun dan Qatar amat menakjubkan dan kami yakin Arab Saudi juga mampu menganjurkan kejohanan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lalu, Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk membida tuan rumah Piala Dunia 2034, sejam selepas badan induk bola sepak dunia, FIFA mengeluarkan kenyataan mengenai rancangannya bagi Piala Dunia 2030 dan menjemput negara dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk membida bagi 2034.

AFC juga telah menyatakan sokongannya kepada bidaan Piala Dunia Arab Saudi 2034 sejurus selepas ia diumumkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya