Malaysia sekat penguasaan Jepun dalam tenis beregu lelaki

Malaysia sekat penguasaan Jepun dalam tenis beregu lelaki

Mohd. Yusshazwan Yusoff-Abu Samah Borhan mengejutkan beregu Jepun, Miki Takuya-Sanada Takashi untuk mara ke final beregu lelaki kerusi roda Sukan Para Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan negara Mohd. Yusshazwan Yusoff-Abu Samah Borhan melakar kejutan terbesar dalam Sukan Para Asia Hangzhou 2022 apabila menumpaskan juara bertahan, Miki Takuya-Sanada Takashi untuk mara ke perlawanan akhir beregu lelaki tenis kerusi roda hari ini.

Kemenangan 1-6, 6-3, 10-3  yang dilakar oleh Mohd. Yusshazwan-Abu Samah membolehkan Malaysia menjadi negara pertama menyekat penguasaan Jepun hang mendominasi saingan beregu lelaki dalam tiga edisi terdahulu – 2010, 2014 dan 2018.

Hadir dengan strategi mengelirukan Jepun di separuh akhir, pengurus pasukan, Muhd. Iqbal Sulaiman berkata perancangan itu sangat berkesan terutama apabila mereka memberi kemenangan set pertama kepada Jepun namun kemudian menguasai dua set akhir untuk menempah slot ke penentuan pingat emas/perak.

Kata Iqbal, Yusshazwan-Abu Samah yang juga pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN 2018, kini berazam menjadi juara Asia selepas meraih tonik tambahan menumbangkan negara pilihan pertama itu.

“Kami bermain dengan misi membawa permainan hingga tiga set. Memang itu harapan kami dan kami berjaya lakukan. Itu yang kami aturkan dalam strategi dan semuanya berfungsi dengan baik.

“Pujian saya berikan kepada kedua-dua pemain sebab mental mereka sangat kuat. Kita berjaya menanamkan kemusykilan kepada Jepun terhadap keyakinan mereka di set pertama, itu salah satu corak permainan yang dirancang.

“Kita datang ke sini sebagai pilihan ketiga, jadi apabila dapat tewaskan Jepun, Malaysia sekarang satu-satunya negara yang menjadi pencabar terkuat mereka. Korea pun tak pernah tandingi mereka, tetapi sekarang kita berjaya memecahkan tradisi itu.

“Sekarang kami sudah pasti dapat pingat, cuma warna belum tahu lagi. Kita akan buat yang terbaik, ini sejarah untuk negara kerana ini peringkat paling tinggi kami pernah sampai dalam Sukan Para Asia,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya