Malaysia patut hantar lebih ramai atlet ke Amerika Syarikat

Malaysia patut hantar lebih ramai atlet ke Amerika Syarikat

BARISAN skuad olahraga negara yang menghadiahkan tiga pingat gangsa dalam Sukan Asia di Hangzhou, China disambut oleh keluarga sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang semalam. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Skuad olahraga negara mempunyai potensi besar untuk kembali menjadi lubuk pingat buat kontinjen negara dengan syarat beberapa atlet berpotensi dihantar berkelana ke luar negara setelah meraih pingat gangsa dari Sukan Asia Hangzhou 2022.

Skuad olahraga negara berjaya keluar daripada kegelapan selepas lima bulan dikritik hebat ekoran kegagalan menepati sasaran pada Sukan SEA, Mei lalu.

Dua atlet paling menonjol iaitu Muhammad Azeem Fami yang memenangi pingat gangsa 100 meter (m) pecut serta Shereen Samson Vallabuoy (400m wa­nita) menunjukkan bahawa pengorbanan mereka berkelana di Amerika Syarikat (USA) membuahkan ­hasil yang lumayan.

Azeem berjaya tamatkan kemarau 41 tahun negara dalam acara riben biru itu yang kali terakhir diraih Datuk Rabuan Pit ketika edisi 1982 di New Delhi, India.

Sementara itu, Shereen pula melakar sensasi apabila bukan sahaja meraih pingat gangsa dalam acara individu, namun menjadi nadi kepada kejayaan kuartet 4x100m wanita merangkul pi­ngat gangsa bersama Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Rizal.

“Tujuan sebenar saya mengambil langkah ke luar negara adalah untuk membuka mata rakyat Malaysia yang mana bukan saja duduk di dalam negara boleh berjaya, tetapi sebenarnya kalau kita dapat kembangkan bakat di luar dengan persekitaran bagus dan ada pesaing yang lebih baik, sudah tentu kita dapat me­ningkatkan lagi prestasi kita.

“Jadi, dengan apa yang saya dan Shereen sudah capai sekarang, kami sangat berharap atlet muda dapat buka minda dan mencari rpeluang untuk ke luar negara,” jelas Azeem yang tiba di tanah air semalam.

Nada sama turut dilontarkan Zaidatul yang pernah berpengalaman berkelana di AS selama enam bulan di kelab The Winners Circle, Atlanta pada 2019.

“Kalau nak diikutkan, berkampung di AS adalah bagus untuk atlet-atlet muda, yang baru nak naik sebagai satu pendedahan, bagi saya ia amat penting buat mereka untuk mencari ilmu dan pengalaman,” jelas Zaidatul.

Selain Azeem dan Shereen, seorang lagi atlet olahraga, Umar Osman juga dijangka akan dihantar ke AS berlatih di Universiti Auburn.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya