Malaysia capai sasaran 27 pingat keseluruhan

Malaysia capai sasaran 27 pingat keseluruhan

KONTINJEN Malaysia secara tidak rasmi mencapai sasaran 27 pingat yang ditetapkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia secara tidak rasmi sudah mencapai sasaran 27 pingat yang ditetapkan dalam Sukan Asia 2022 selepas atlet karate, Lovelly Anne Robberth mengesahkan tiket ke final acara kata individu wanita di Hangzhou hari ini.

Kejayaan itu bermakna pingat sudah dalam genggaman Lovelly dan 27 pingat keseluruhan sudah milik Malaysia kerana skuasy juga mempunyai tiga wakil dalam perlawanan akhir hari ini.

Lovelly akanmenentang pemenang emas dua edisi berturut-turut pada 2014 dan 2018, Kiyou Shimizu dari Jepun dalam perebutan pingat emas petang ini.

Dia sebelum itu mara ke final selepas mendominasi pusingan kedua Kumpulan Satu dengan mengumpul keseluruhan 40.40 mata, sekali gus mengatasi pencabar terdekat atlet Taiwan, Chien Hui Hsuan (39.10) yang terpaksa berpuas hati perlu bermain dalam aksi penentuan gangsa.

Sementara Shimizu melangkah ke final untuk mempertahankan emas buat kali ketiga berturut-turut selepas mengumpul keseluruhan 43.30 mata dalam pusingan kedua Kumpulan Dua.

Ketika ini, kontinjen Malaysia sudah mengumpul keseluruhan 23 pingat yang disumbangkan menerusi sukan pelayaran, ekuestrian, skuasy, wushu, terjun, olahraga, berbasikal trek, e-sukan, sepak takraw dan gimnastik artistik.

Pada hari ke-12 temasya hari ini, tiga lagi pingat sudah berada dalam genggaman kontinjen negara menerusi sukan skuasy selepas Malaysia mara ke final perseorangan lelaki dan wanita serta beregu campuran yang akan berlangsung petang ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya