Liek Hou dapatkan tips dari Jin Wei untuk hadapi Sukan Para Asia

Liek Hou dapatkan tips dari Jin Wei untuk hadapi Sukan Para Asia Hangzhou 2022

CHEAH LIEK HOU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh badminton para dunia, Cheah Liek Hou mengambil serius tentang misinya untuk merampas semula pingat emas di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 dengan mendapatkan tips tambahan daripada barisan pemain negara yang baru sahaja tamat beraksi di Sukan Asia Hangzhou tempohari.

Liek Hou yang beraksi dalam kategori SU5 beruntung memandangkan dua rakan sepelatihnya di Sports Affairs, Cheras iaitu Goh Jin Wei dan Cheam Jun Wei yang beraksi di temasya sukan itu telah memberikannya gambaran terperinci cabaran yang perlu diatasinya, khususnya membabitkan keadaan gelanggang di Gimnasium Binjiang, Hangzhou.

Antara yang maklumat tambahan yang diperoleh Liek Hou dari kedua pemain itu adalah penganjur menggunakan bulu tangkis jenis 76, yang berkelajuan perlahan dan sering digunakan di kawasan panas. 

“Saya memang ada dapatkan sedikit pandangan Jin Wei serta (Cheam June Wei) kerana mereka sudah ada pengalaman beraksi di gelanggang itu ketika Sukan Asia tempohari. Mereka memberitahu saya pergerakan bulu tangkis di gelanggang itu amat perlahan, jadi saya pesan kepada jurulatih saya (Nova Armada) untuk membeli bulu tangkis yang seakan-akan sama digunakan di saingan itu, sebab bulu tangkis kejohanan itu tidak dijual di luar.

“Saya berjaya dapatkan yang hampir sama, dan saya sudah menggunakan sepanjang seminggu dalam sesi latihan untuk saya dapat menyesuaikan diri.

“Bagi saya tidak pelik, kerana ada juga kejohanan yang saya sertai sebelum ini yang menyaksikan penganjur menggunakan jenis bulu tangkis seperti itu, namun ia bergantung kepada negara penganjur,” jelas Liek Hou.

Selain cuba untuk mendapatkan semula pingat emas dari Hangzhou, Liek Hou juga sedang mengintai untuk mendapatkan pungutan mata ranking untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

Ketika ini Liek Hou dalam keadaan selesa untuk ke Paris apabila mengumpul 69050 mata untuk kekal di puncak ranking kelayakan, mengatasi seteru ketatnya, Dheva Anrimusthi dari Indonesia dengan 58200 mata.

Selain acara perseorangan, Liek Hou turut akan beraksi dalam acara beregu lelaki bersama Muhammad Fareez Anuar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya